• Batu Buruk Driving Academy
  • | 012-930 4227 / 09-625 0555
  • | bbdat1010@gmail.com

Mengenai BBDA

Batu Buruk Driving Academy Sdn Bhd (BBDA) adalah sebuah syarikat yang diperbadankan melalui Akta Syarikat 1965 di Malaysia dengan nombor rujukan pendaftaran syarikat ialah 947109–K. BBDA adalah milik penuh bumiputera dengan pegangan ekuiti syarikat 100% adalah milik bumiputera. BBDA ditubuhkan pada 1 Jun 2011 dan beroperasi pada pertengahan bulan Oktober 2013. Ia adalah sebuah Institusi Memandu yang diiktiraf dan diperakui oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia untuk memberikan perkhidmatan mendapatkan semua kelas lesen memandu kepada rakyat Malaysia. Bagi memudahkan urusniaga kami, BBDA juga telah mendaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia.

BBDA menyediakan Litar Motosikal (B,B2), Motosikal Roda Tiga (C), Kereta (D), Lori (E), Traktor/Jentera Bergerak Ringan Beroda (F), Traktor/Jentera Bergerak Ringan Berantai (G), Traktor/Jentera Bergerak Berat Beroda (H), Traktor/Jentera Bergerak Berat Berantai (I), GDL (Treller dan lori kejur) dan PSV (Bas dan Teksi) yang memenuhi konsep litar baru yang diiktiraf oleh JPJ Malaysia. BBDA bukan sahaja mengendalikan kursus-kursus pelesenan (lesen memandu B, B2, C, D, E, F, G, H, I, GDL & PSV), malah BBDA juga mengendalikan kursus-kursus keselamatan pemanduan seperti Kursus Keselamatan Jalan Raya dan Kursus Keselamatan Kebakaran. Semua bakal pemandu dan pemandu yang telah mempunyai lesen samaada bekerja di sektor awam/swasta atau pelajar di IPTA/IPTS dan juga di sekolah-sekolah menengah adalah kumpulan sasaran kami. BBDA amat komited untuk mengendalikan latihan atau kursus yang terbaik berkaitan pemanduan demi mengurangkan kemalangan dan kehilangan nyawa di jalan raya.

© Hak Cipta Terpelihara 2024 | Batu Buruk Driving Academy Sdn Bhd.